Kementerian Belia dan Sukan bakal melancarkan satu program khas dengan misi buru pingat emas sulung pada Sukan Olimpik Paris, tahun depan.
Beberapa mesyuarat sudah diadakan untuk menetapkan jumlah atlet dan pegawai yang akan terbabit dalam program yang difahamkan sebagai 'Road to gold'.
Seramai 11 atlet sudah dikenalpasti untuk membarisi program tersebut antaranya jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia.
Bagaimanapun, gambaran lebih jelas akan diketahui dalam sidang media khas oleh Menteri Belia dan Sukan, Ahad ini.
"Kami akan menamakan program ini sebagai 'Road to Gold' bagi perancangan untuk ke Paris 2024. Perancangan serta tetapan rapi akan dibincangkan bagi mengenal pasti buat atlet yang bakal memburu pingat emas dalam Sukan Olimpik akan datang," kata Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Nazifuddin Najib.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, enggan mengulas lanjut berhubung program itu sebelum tiba masanya.

Azizulhasni Awang ?? gets a BIG cheer from the Jakarta crowd after a close battle in the Men's Keirin
— UCI Track Cycling (@UCI_Track) February 25, 2023
? ? ? #TissotNationsCup pic.twitter.com/J2MODRnJyL