Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Jonathan kembali ke Sukan Olimpik dengan misi tersendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jonathan-wong.jpg
Penembak negara, Jonathan Wong kembali beraksi ke pentas olimpik buat kali kedua dengan membawa misi tersendiri.

Selepas kali pertama beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016, Jonathan yang akan beraksi dalam acara air pistol berharap temasya 2024 akan meninggalkan kenangan lebih manis.

Selepas tidak beraksi di Tokyo 2020, Jonathan kembali ke pentas berprestij itu untuk saingan 10 meter air pistol dan ketika ini, dia menghuni ranking ke-28 dunia.
 
 

Advertisement

Must Watch Video