Penembak negara, Johnathan Wong, tekad mengukuhkan jumlah mata untuk mencerahkan peluang bertanding di aksi akhir Sukan Olimpik Paris 2024.
Ini apabila Johnathan menduduki tempat keempat selepas mencatat 201.1 mata di aksi final 10 meter air pistol Kejohanan Menembak Asia di Changwon, Korea Selasa lalu sekaligus melayakkan diri ke temasya paling berprestij dunia itu secara merit buat kali kedua.
Johnathan perlu sekurang-kurangnya memastikan catatan konsisten dalam tempoh sembilan bulan persiapan agar harapan tercapai dalam penampilan keduanya di Sukan Olimpik.
"Saya sangat gembira kerana layak beraksi di Sukan Olimpik Paris selepas terlepas kelayakan pada Tokyo," katanya menerusi Nadi Arena.
"Saya mahu meningkatkan lagi prestasi dan mengekalkan momentum sehingga Paris nanti."