Laman media sosial pelumba basikal trek Perancis, Rayan Helal, dihujani kritikan serta kata-kata kesat apabila dia didakwa sebagai punca prospek pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Azizulhasni Awang tersingkir daripada acara keirin semalam.

Satu Malaysia tergamam apabila Azizulhasni diberikan pembatalan penyertaan daripada acara keirin semalam dalam pusingan pertama.

Ini selepas dia dibatalkan penyertaan gara-gara memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Bagaimanapun, ternyata ramai yang meletakkan kesalahan itu kepada pelumba Perancis yang melakukan halangan awal terhadap Azizulhasni.

A post shared by Rayan Helal (@rayan_helal)



Kecaman terhadap atlet tersebut tidak mencerminkan nilai murni terhadap kita sebagai pengguna media sosial Malaysia.

Malah, ia tidak mengubah keputusan komisar melainkan menambah kebencian dikalangan peminat sukan.