Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Indonesia pilih Lalu Muhammad Zohri isi kuota universal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lalu-zohri.jpg
Netizen Indonesia menyokong keputusan pegawai sukan Republik itu yang memilih bekas juara remaja Asia 2018, Lalu Muhammad Zohri, untuk mengisi kuota universal ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Ia selepas Lalu gagal melepasi had kelayakan bawah 10 saat namun dilihat memiliki potensi untuk mencipta sesuatu di Stade de France.

"Lalu Muhammad Zohri lolos menjadi wakil Indonesia pada Olimpiade Paris 2024 cabang olahraga atletik nomor Men's 100 meter melalui alokasi University Place," kata Komite Olimpiade Indonesia (KOI) menerusi akaun laman sosial.

Ini kali kedua Lalu, 24 tahun beraksi di Olimpik selepas raih tangga kelima saringan keempat 100m Olimpik Tokyo 2021.

Keputusan Indonesia beri bayangan, adakah pemegang rekod kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi akan turut ke Paris?

Azeem menewaskan Lalu pada final Sukan Asia Hangzhou dengan raih gangsa 100m.

Advertisement

Must Watch Video