Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Ibu jadi kekuatan Nursyazrin buru slot ke pentas Olimpik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-syazrin.jpg
Nursyazrin Abdul Latif menangis sebaik layak ke Sukan Olimpik Paris dengan mendedikasikan kejayaan buat ibunya.

Tuah muncul sebagai atlet pertama melayakkan diri secara merit ke Paris 2024 ketika tarikh hari jadi ibunya antara kekuatan utama atlet itu yang diuji dengan isu kecederaan dan juga venue latihan ketika persiapan ke Paris.
 

Nursyazrin melalui satu tempoh yang sukar, sehingga mengelak untuk sebarang temubual terkini bagi berkongsi perkembangan semasanya, namun di sebalik keputusan yang diambil, dia dalam persediaan yang lebih tenang dan fokus.

Apatah lagi, di Paris nanti adalah kemunculan kali ketiganya di pentas Sukan Olimpik sudah pasti ada kelainan daripada segi pencapaian mahu dilakar Nursyazrin.

Advertisement

Must Watch Video