Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Hotel di Perancis tawar harga menarik sepanjang temasya olimpik

accor-hotel.jpg
Pengusaha hotel dan pelancongan di kota Paris masing-masing merebut peluang untuk menarik tumpuan pelancong dengan tawaran harga rendah serta pengurangan tempoh penginapan. 

Harga purata hotel kini dilaporkan telah jatuh kepada 258€ (RM1,287) untuk satu malam dan menunjukkan penurunan sebanyak 25% berbanding harga pada awal musim. 

"Industri perhotelan di Perancis dan seluruh dunia pasti mendapat pengajaran akibat menaikkan harga ketika temasya besar berlangsung," kata Tim Hentschel yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Hotel Planner.

Pengendali hotel yang berpangkalan di Perancis, Accor telah membuat penyemakan semula jangkaan keuntungan yang dianggarkan sebelum ini hanya meningkat sebanyak 2%.




Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Accor, Sebastien Bazin berkata keuntungan itu akan meningkat dengan lebih tinggi memandangkan 80% daripada semua bilik yang ditawarkan telah dipenuhi.

Beberapa kelonggaran turut dilaksanakan sesetengah hotel termasuk waktu pendaftaran masuk dan syarat tempoh penginapan untuk menarik lebih ramai pelancong.

"Meskipun kelonggaran telah dibuat namun sesetengah hotel masih mengekalkan harga asal seperti hotel lima bintang, Le Royal Monceau Raffles yang masih kekal dengan harga 3,000€ (RM14,963) satu malam.

Menurut Accor, peningkatan sebanyak 0.5% mungkin akan berlaku sekiranya pelancong terus berduyun-duyun datang ke bandar Paris dalam beberapa bulan selepas temasya olimpik.
 

Advertisement

Must Watch Video