'Go for first gold', Chef de Mission Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin, tampil memberikan penjelasan berhubung isu pakaian rasmi kontinjen negara ke temasya berprestij itu.

Ia menjadi kecaman peminat sukan tanahair hingga tular di media sosial selepas majlis pelancaran yang diadakan di ibu negara hujung minggu lalu.


Begitupun, rekaan pakaian rasmi itu mempunyai nilai tersendiri antaranya menerusi pemilihan warna emas berbanding kuning atau jingga seiring dengan misi negara meraih emas pertama di Sukan Olimpik.

Sementara itu, bagi skuad berbasikal kebangsaan, persiapan mereka kini sudah masuk ke fasa kedua di mana latihan intensif dan pertandingan tertutup akan diadakan di Belgium.

Manakala sebelum bertolak ke Paris ada lagi satu latihan fasa terakhir yang akan dilaksanakan.

Beasley turut menyatakan faktor umur serta isu kesihatan bukan lagi satu halangan buat The Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni Awang dan di landasan terbaik meraih emas buat kem negara.