Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Filipina raih emas lagi, kali ini dalam melombol

yulo.jpg
Carlos Yulo sekali lagi mempamerkan sensasi tersendiri selepas menggondol dua pingat emas dalam masa dua hari untuk Filipina dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Semalam, Carlos Yulo cemerlang dalam gimnastik menerusi acara senaman lantai lelaki bagi mengulangi kejayaan atlet angkat berat, Hidilyn Diaz, yang memenangi emas ketika Tokyo 2021.

 
Atlet berusia 24 tahun itu sekali lagi diumumkan sebagai pemenang dalam acara berbeza iaitu melombol sekali gus menambah koleksi pingat emas buat negaranya.


 

Advertisement

Must Watch Video