OLIMPIK PARIS

Paris 2024: Corak pakaian rasmi kontinjen Malaysia 'something different' -- Mirnawan Nawawi

Stadium Astro
Saufi Tahir
27/06/2024
09:13 MYT
Sponsor Banner
Paris 2024: Corak pakaian rasmi kontinjen Malaysia 'something different' -- Mirnawan Nawawi
Bekas pemain hoki negara, Mirnawan Nawawi, berasakan corak baharu pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik paris yang bertemakan emas sangat unik dan 'something different' berbanding pakaiann yang pernah dimilikinya sebelum ini.
Dia menyatakan corak baru yang barasaskan warna keemasan itu mampu menjadi tonik tambahan kepada para atlet yang mengambil bahagian untuk merealisasikan impian emas pertama negara dalam temasya sukan berperstij itu.
Untuk rekod, sepanjang kariernya dia beraksi dalam tiga temasya Sukan Olimpik iaitu pada tahun 1992 di Barcelona, Sepanyol, pada 1996 di Amerika Syarikat dan pada tahun 2000 di Sydney, Australia.
"Saya telah menyertai kesemua temasya, pelbagai sukan utama di bawah penglolaan MOM sepanjang kerjaya saya sebagai pemain hoki profesional.
"Saya telah beraksi dalam tiga Sukan Olimpik (1992, 1996 dan 2000), tiga Sukan Asia (1990, 1994 dan 1998), sekali Sukan Komanwel (1998) dan lima Sukan SEA (1993, 1995, 1997, 1999 dan 2001).
"Saya berasa sangat bangga untuk menyarung pakaian rasmi Kontinjen Malaysia yang telah disediakan ole MOM untuk setiap Temasya Pelbagai Sukan tersebut.
"Initiatif MOM untuk menyediakan pakaian rasmi Kontinjen Malaysia yang bercorak baharu setiap kali Temasya Pelbagai Sukan, khususnya Sukan Olimpik, merupakan suatu pengiktirafan dan penghargaan kepada atlet kebangsaan dan Olimpian yang akan berjuang untuk Raja dan negara.
"Corak baharu pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang bertemakan "emas" adalah sangat unik dan berbeza daripada pakaian rasmi yang saya miliki sebelum ini, "something different.
"Corak baharu tersebut yang menonjolkan keemasan semestinya akan menyuntik semangat tambahan kepada para Olimpian demi menrealisasikan impian untuk memenangi pingat emas yang sulung untuk Malaysia di pentas Sukan Olimpik!" katanya melalui laman Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video