Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Cabaran Azizulhasni dalam acara pecut berakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trek.jpg
Cabaran jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, dalam saingan pecut individu berakhir apabila menamatkan perlumbaan dalam pusingan repechage di kedudukan ketiga di Velodorm Nasional Perancis sebentar tadi.

Pusingan itu dimenangi Mateusz Rudyk dari Poland dengan catatan masa 9.966 saat dimana menyaksikan wakil dari Israel terlebih dahulu membuat pecutan awal untuk mencipta jurang tetapi berjaya dikejar oleh Rudyk untuk memenangi pusingan itu.

Tiga wakil negara termasuk Azizulhasni akan meneruskan cabaran dalam sukan berbasikal trek dalam acara keirin yang akan bermula pada 10 Ogos nanti.

Advertisement

Must Watch Video