Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan, mencipta sensasi hangat apabila berjaya muncul juara Perlumbaan 1 dalam pusingan 6 Moto4 Asia Cup di Litar Lusail, Qatar.
Jaguh berusia 14 tahun itu sekali lagi mengulangi kejayaannya menaiki podium selepas turut memenangi Perlumbaan 1 pusingan lima di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), minggu lalu.
Dia menewaskan pencabar terdekat dari Indonesia (Resky Yusuf) dan Jepun (Waku Kunitate) untuk terlebih dahulu melintasi garisan penamat.
Kredit -- Tarmac Sports