Argentina sah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) susulan hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026 pada Julai lalu.
Pemain paling mencuri tumpuan, Leandro Paredes, disahkan menjalani penggantungan 10 perlawanan susulan pergaduhan bersama beberapa tonggak Sepanyol.
Seorang lagi pemain Argentina, Nahuel Molina, turut menerima penggantungan tujuh perlawanan selain didenda RM363,000.
🚨 BREAKING: FIFA has officially decided to MAINTAIN Leandro Paredes’ 10-match suspension, while Nahuel Molina’s ban has been REDUCED from 7 to 4 matches. The fines imposed on the AFA will also remain in place. The AFA will appeal the decision to the Court of Arbitration for Sport (CAS). @TNTSportsAR 🇦🇷
— All About Argentina 🛎🇦🇷 (@AlbicelesteTalk) November 6, 2026
Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) membantah keputusan tersebut, namun ditolak oleh FIFA dan kemudian sepakat untuk membawa perkara ini ke perhatian CAS.