Sebulan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, teka-teki terus berlegar siapakah atlet olahraga negara paling layak untuk isi slot universal bagi mewakili negara di kota cinta itu.

Calon utama iaitu Azeem Fahmi tampil meluah rasa di sebalik pemilihannya untuk mengisi slot itu.

Dipertaruh selaku harapan negara dalam acara olahraga di Sukan Olimpik Paris, Azeem mempunyai pandangan jauh sekiranya gagal mengisi slot universal atau sebelum ini dikenali sebagai wild card yang membuka ruang kepada seorang pelari 100 meter, 800 meter atau marathon dari Malaysia.

Bagi Azeem walau apa pun keputusannya ia tidak jadi masalah besar bagi dirinya kerana dia menyasarkan kemuncak prestasi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Jika tidak dipilih untuk bersaing di sukan berprestij itu Azeem turut berkongsi kesediannya bersaing di Sukma Sarawak Ogos ini.