Atlet Filipina yang menggondol 2 pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 dalam acara gimnastik, Carlos Yulo mendedahkan ibunya telah mengambil kesempatan terhadap wang kemenangannya.

Menerusi satu video Tiktok yang dimuatnaik oleh beliau sendiri, beliau mendedahkan ibunya, Angelica Yulo telah mengeluarkan wang simpanannya sepanjang beliau bergelar atlet sejak 2020.
@carlosedriel @kulowi ʚ(╹.╹)ɞ ♬ original sound - Carlos Yulo

Carlos memberitahu bahawa ibunya mempunyai akses ke atas wang simpanannya dan telah membuat pengeluaran wang tanpa persetujuannya.

"Selain daripada wang insentif, ibu saya mempunyai akses kepada bank akaun saya dan elaun gimnastik bulanan saya. Bila saya kembali menguruskannya, saya mendapat tahu bahawa dia telah menghabiskannya. Saya mempunyai bukti transaksi pengeluaran" katanya kepada portal Inquirer.

Namun bagi ibu Carlos, Angelica Yulo menafikan niat buruk mengenai tindakannya. Angelica menyatakan beliau membuat perkara sedemikian atas sebab keselamatan dan masa depan Carlos.



Antara sebab lain tindakan Angelica berbuat demikian adalah kerana risau akan teman wanita Carlos, Chloe Anjeleigh mengikis semua wang simpanan Carlos Yulo. Namun, Carlos menepis tuduhan tersebut dan mengatakan teman wanitanya tidak akan berbuat demikian kerana Chloe juga mempunyai pendapatan sendiri.