"Aniq Kasdan- Ikon baru sukan Malaysia. Beliau hampir memenangi gangsa di Paris selepas memecahkan rekod kebangsaan dengan jumlah angka 297 kilogram.
"Walaupun baru sahaja dimasukkan ke dalam program Road To Gold pada bulan November lalu, beliau telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara, daripada ranking ke-10 kepada top 4 dalam Sukan Olimpik.
"Beliau telah menunjukkan bahawa sukan angkat berat mempunyai potensi raih pingat emas di LA2028 nanti.
"Saya percaya Aniq boleh memenangi pingat gangsa hari ini. Walaupun saya berasa sangat sedih untuknya kerana terlepas gangsa, saya juga penuh harapan tentang potensinya. Dia melakukan lif yang hebat.
"Sejak hari pertama dia menyertai program sokongan RTG, dia bersahaja dan mahu mencabar kedudukannya sendiri. Dia melakukan lebih daripada itu hari ini. Dia menunjukkan kepada Malaysia dan dunia bahawa kita boleh menjadi kuasa yang perlu diperhitungkan dalam sukan angkat berat.
"Melangkah ke hadapan - Saya telah bercakap dengannya hari ini bahawa RTG berikrar sokongan penuh untuk dia mendaki lebih tinggi, mengangkat lebih berat dan menjadi lebih kuat. Dia masih muda dan boleh menjadi pencabar hebat serta prospek yang baik untuk membawa pulang emas pada 2028.
"Saya percaya pada Aniq dan dia memberi inspirasi kepada negara kita hari ini. Saya pasti ramai anak muda kini ingin meneroka sukan angkat berat.