Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Harimau Malaya: Ada berita baik?

AB
Advertisement

"Cheng Hoe masih jurulatih interim Harimau Malaya.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk AB Ghani Hassan, berkongsi status jurulatih kebangsaan ketika badan induk itu dikatakan mahu mendapatkan khidmat jurulatih luar termasuk dari Jepun menjelang Kelayakan Piala Dunia 2030 dan Piala Asia 2031.

Advertisement

Dengan jurulatih Samurai Biru -- Hajime Moriyasu -- jadi dambaan peminat bola sepak tanah air, Ghani ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menegaskan belum ada sebarang perbincangan mengenai perkara itu.

Masa depan Tan Cheng Hoe bersama skuad negara menjadi tumpuan selepas prestasi memberangsangkan dalam kempen Piala ASEAN FIFA baru-baru ini.

Advertisement

Malaysia meraih tiga kemenangan dan satu keputusan seri dengan rekod 10 gol tanpa bolos, sekali gus memberi petanda positif dalam usaha memperkukuh prestasi skuad kebangsaan.

Masa depan bekas pengendali Selangor itu kemudian menjadi persoalan dengan sebahagian peminat berpendapat dia wajar diberi peluang untuk terus memimpin Harimau Malaya, manakala ada yang mahu FAM membawa masuk pakar baharu.

"Kita di peringkat FAM masib belum apa-apa tindakan.

"Perkara ini akan dibincangkan.

"Kami juga ada mengakui jurulatih luar ada membawa kebijaksaan mereka dan berharap menggunakan pengalaman.

"Kedua, kami mahukan keputusan yang baik.

"Waima, jika jurulatih tempatan boleh membantu maka teruskan.

"Jika kita perlukan jurulatih luar, kita akan fikirkan.

"Ini bukan keputusan saya seorang. Kami akan berbincang.

"Jika ada nama-nama tertentu, ia akan dibawa kepada perbincangan.

"Buat masa ini belum lagi," katanya di Nadi Arena.  

Untuk rekod, FAM turut melantik barisan kejurulatihan dari Jepun pada September lalu bagi mengemudi skuad bola sepak wanita bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video