SUKAN LAIN
Paralimpik Paris: Nur Jannaton akui hampir putus asa
Pemanah compound para negara, Nur Jannaton Abdul Jalil, hampir menarik diri daripada sukan itu lebih awal kerana beban tekanan yang diletakkan kepada dirinya untuk terus memperaga tunggangan tekal.
Bagaimanapun, ia merupakan duka lama dan dia kini bersedia untuk memperbaiki rekod peribadi terbaik dalam Sukan Paralimpik Paris.
"Saya pernah terlintas untuk keluar daripada program MSN (Majlis Sukan Negara). Saya berdepan tekanan yang berpunca daripada diri sendiri, bukannya orang lain.
Iklan
"Tapi rezeki menyebelahi saya pada tahun lalu apabila mendapatkan kelayakan secara merit pada saat saya hampir mengundurkan diri.
"Ia secara tidak langsung mengubah cara pemikiran dan lebih fokus," katanya wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, hari ini.
Bagi atlet para renang kebangsaan S14, Imaan Aiman, pula berharap dapat memberi cabaran.
"Saya sasarkan untuk masuk ke final. Kalau dapat medal Alhamdulillah.
"Saya sudah bersedia untuk berjuang. Saya semakin mencapai prestasi 100 peratus," katanya.
Must-Watch Video