Skip to main content

Sukan Lain

Paralimpik Paris: Misi Latif Romly lengkapkan emas 'treble'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

latif.jpg
Menuju Sukan Paralimpik Paris 2024 yang akan bermula awal pagi ini, jaguh lompat jauh T20 negara, Datuk Abdul Latif Romly, membawa misi penting iaitu mahu melengkapkan kejuaraan pingat emas kali ketiga berturut-turut.

Menurut atlet berusia 27 tahun itu, dia mahu mengulangi pencapaian di Rio 2016 dan Tokyo 2021 sekali gus ingin mengekalkan kecemerlangannya di Kota Cinta itu.

Selain teknik tersendiri, Latif Romly juga mensasarkan lompatan yang lebih tinggi untuk memecahkan rekod dunia sekali gus menduduki podium tertinggi temasya berprestij itu.

Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Karl Nunis, Latif menegaskan bahawa dia tidak memperdulikan perang psikologi daripada pencabar lain dan ingin fokus terhadap dirinya sendiri.

 

Advertisement

Must Watch Video