Skip to main content

Sukan Lain

Para Asia 2018: Mohan mahukan sokongan buat atlet

mohan.jpg
Pengurus Besar Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), G. Mohan, berharap sokongan dan keterujaan yang dirasai sewaktu Sukan Paralimpik Rio 2016 mampu diteruskan buat kontinjen negara dalam Sukan Para Asia Indonesia 2018 yang bakal membuka tirai bulan depan.

Kecemerlangan kontinjen negara dalam Sukan Paralimpik Rio 2016 mula membuka mata semua pihak dengan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada barisan atlet para.

Bagaimanapun, Mohan tidak menolak keterujaan itu sudah mula pudar selepas berakhir Sukan Para ASEAN tahun lalu.

Justeru, demi pencapaian terbaik atlet dalam Sukan Para Asia Indonesia, beliau berharap sokongan tidak henti-henti dapat diberikan agar mereka dapat merasai keghairahan luar biasa sekali lagi menjelang temasya berkenaan.

"Apa yang kami harapkan adalah sokongan yang sama rata buat atlet para dalam saingan Sukan Para Asia seperti atlet normal," katanya.

Mohan ditemui dalam Mesyuarat Koordinasi Media Sukan Para Asia hari ini bagi membentangkan maklumat terkini mengenai kontinjen negara di mana setakat ini, sudah ada sehingga sembilan penaja yang bersetuju untuk memberi penajaan bagi  temasya edisi ini.

"Selepas Paralimpik Rio, ia telah membuka mata orang ramai dan bagi Para Asia, kami meraih penajaan untuk atlet menghadapi kejohanan di Jakarta nanti."
 

Advertisement

Must Watch Video