Semalam telah berlangsungnya upacara perasmian pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 ketika Hari Olimpik Malaysia di The Exchange TRX yang dihadiri ribuan peminat sukan tanah air.

Pelancaran set kelengkapan tersebut merupakan seragam utama atlet Malaysia yang akan berjuang demi mengharumkan nama negara di persada tertinggi itu.

Seperti sebelum ini, produk terbaru itu merupakan hasil penciptaan oleh syarikat yang sama sejak 2016 demi menghasilkan karya terbaik buat atlet yang akan memakainya selain membawa nama negara dengan gah.

Namun, reka bentuk untuk edisi kali ini memaparkan ciri-ciri berbeza yang membawa kepada perubahan warna untuk menampakkan kelainan berbanding musim lalu.

Apa yang menarik, corak berlainan itu masih mengekalkan identiti Harimau sebagai haiwan kebangsaan Malaysia atau nama saintifiknya Panthera yang cukup sinonim dengan setiap penghasilan pakaian rasmi atlet negara.