Ronnie O'Sullivan merangkul gelaran Kejuaraan Dunia ketujuh dengan gilang-gemilang dan secara tidak langsung diangkat sebagai pemain snuker terhebat sepanjang zaman.
Juara berturut-turut berusia 46 tahun tersebut muncul pemenang tertua kejohanan berkenaan apabila menewaskan Judd Trump 18-13 dalam perlawanan akhir yang berlangsung selama dua hari itu.
Sejak kejayaan sulungnya pada 2001 ketika menuju ke gelaran bersejarah ketujuhnya untuk setaraf Stephen Hendry, O'Sullivan bagaimanapun telah melonjakkan sukan ini ke tahap yang lebih tinggi.
Ini merupakan penyertaannya yang ke-30 dalam Kejohanan Dunia selepas membuat penampilan sulungnya sebagai pemain ketika berusia 17 tahun pada 1993.
O'Sullivan bergaya mendahului Trump 12-5 dalam pertarungan itu yang dicemari gelagatnya bertikam lidah dengan pengadil dari Belgium, Olivier Marteel, yang secara rasmi memberi amaran kepada veteran tersebut berhubung bahasa isyarat yang cuba disampaikannya.
Sebagai tindak balas, O'Sullivan menafikan sebarang salah laku dan memberitahu Marteel: "Anda tidak nampak apa-apa. Jangan mulakannya."

Dalam satu temu bual bersama Eurosport, dia melabel Marteel sengaja mahu mencetuskan masalah.
Juara dunia 1980 dari Kanada, Cliff Thorburn, pula menganggap kejayaan itu juga telah menamatkan segala perdebatan tentang siapa yang seharusnya diiktiraf sebagai pemain terulung sepanjang zaman.
"Tidak syak lagi. Steve Davis dan Hendry menyerlah dalam tempoh 10 tahun dan itu sahaja. Ronnie telah melakukannya selama 30 tahun. Dia hanya menang tujuh kali tetapi secara dasarnya Davis dan Hendry telah berhenti meraih kemenangan," kata Thorburn kepada Stats Perform.
"Tetapi Ronnie menjadi yang terbaik dan dia berusaha kuat berbanding mana-mana pemain dalam kejohanan ini."