Skip to main content

Sukan Musim Sejuk

Dari gelanggang ais ke senarai wanita tercantik dunia: Alysa Liu Curi Tumpuan Global

Dari gelanggang ais ke senarai wanita tercantik dunia: Alysa Liu Curi Tumpuan Global

Bintang luncur ais Amerika Syarikat, Alysa Liu, sekali lagi mencuri perhatian dunia. Selepas mencipta sensasi di pentas Sukan Olimpik Musim Sejuk, kini namanya pula tersenarai sebagai calon '100 Most Beautiful Faces 2026'  yang dianjurkan oleh TC Candler.

Pencalonan itu menjadikan Alysa antara atlet sukan musim sejuk yang mendapat pengiktirafan dalam senarai kecantikan global yang terkenal di media sosial setiap tahun.

Advertisement

Nama Alysa melonjak selepas kejayaan sensasi di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 apabila dia memenangi pingat emas acara luncur ais wanita, sekali gus menamatkan penantian panjang Amerika Syarikat untuk gelaran tersebut.

Kemenangan itu bukan sahaja mengukuhkan statusnya sebagai antara atlet muda paling berbakat, malah membuka pintu kepada populariti luar biasa di media sosial.

Selain prestasi di gelanggang, Liu juga sering menjadi tumpuan kerana penampilannya yang berbeza. Gaya rambut unik yang digelar 'halo hair' serta senyuman cerianya menjadikan dia cepat dikenali dalam kalangan peminat sukan dan fesyen.

Gabungan bakat, personaliti santai dan gaya berani membuatkan Alysa dilihat sebagai ikon baharu generasi atlet moden.

Pencalonan dalam senarai wajah tercantik dunia membuktikan bahawa pengaruhnya kini melangkaui sukan. Daripada sekadar atlet elit, Alysa kini turut dilihat sebagai ikon budaya pop yang mampu menarik perhatian peminat di seluruh dunia.

Dengan usia masih muda dan reputasi yang semakin berkembang, Alysa Liu dilihat berpotensi menjadi antara atlet paling berpengaruh dalam dunia sukan dan hiburan global pada masa depan.

Must Watch Video