Skip to main content

Sukan Lain

One Championship: Nak cabar tali pinggang dunia, Aliff Rakib kena buat persiapan 10 kali ganda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aliff-rakib_1.jpg
Bukan hanya menang dan mengharumkan nama negara tetapi ruang kini terbuka buat Aliff Rakib untuk merampas tali pinggang milik juara dunia, Prajanchai Saenchai, dalam pertarungan One Championship yang seterusnya.

Atlet tempur negara berusia 21 tahun tersebut beroleh itu selepas menundukkan El Mehdi El Jamari menerusi keputusan juri selepas tiga pusingan aksi One Fight Night 32 di Bangkok, hari ini. 

Menariknya, Aliff berjaya tampil dengan prestasi hebat itu meskipun dalam keadaan yang kurang sihat.

Namun, walaupun kesihatannya agak merosot akibat daripada demam, ia tidak menghalangnya mencipta kemenangan di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand.

"Kalau bukan kerana demam, saya yakin boleh nak KO (tumbangkan) pihak lawan.

"Oleh kerana tidak berapa sihat, saya tumpu buat yang terbaik terlebih dahulu," katanya kepada Nadi Weekend sebentar tadi. 

Sementara itu, Aliff juga berpeluang merampas tali pinggang ONE Strawweight Muay Thai. ???, sekali gus bakal berhadapan dengan petarung Thailand, Prajanchai.

"Saya kena berlatih 10 kali ganda lagi untuk menghadapinya. 

"Saya mahu jadi rakyat Malaysia pertama menang tali pinggnag dunia (dalam One Championship). 




"Prajanchai memang laju, tambah lagi dia mempunyai banyak pengalaman.

"Ketika dia memenangi kejuaraan dunia, saya masih lagi entah di mana. 

"Jadi saya nak menang ke atas juara dunia, saya nak buat yang terbaik," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video