Skip to main content

Sukan Lain

One Championship: Aliff Rakib terlepas bonus RM222,000

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aliff-rakib.jpg
Nor Iman Aliff Rakib hanya menerima wang kemenangan One Championship semalam sekitar RM40,000 tidak termasuk bonus. 

Bekas juara IFMA Muaythai senior dunia itu menewaskan atlet Russia, Shamil Adukhov, di Bangkok Thailand, dalam ONE Fight Night 28 kategori catchweight menerusi 'techinal knockout' (TKO) dalam tempoh 70 saat pusingan pertama. 

Justeru, Nor Iman Aliff digembar-gemburkan akan menerima ganjaran tambahan sekitar US$50,000 (RM222,000) sebelum disangkalnya sendiri memandangkan pada asalnya dia dijadual berentap dengan wakil tuan rumah, Thongpoon PK Saenchai.
 



“Saya tidak memperoleh bonus bernilai lebih RM200,000 itu. 

"Saya hanya dapat jumlah yang sudah dijanjikan oleh pihak penganjur sebelum ini iaitu sekitar RM40,000 hingga RM50,000.

“Saya tidak begitu pasti mengapa tidak memperoleh bonus itu. 

"Mungkin ia disebabkan Shamil bukan lawan yang saya dijadualkan berlawan pada awalnya," katanya. 


 

Advertisement

Must Watch Video