Nick Goepper dari Amerika Syarikat memenangi pingat Sukan Olimpik Musim Sejuk ketiga berturut-turut dalam gaya cerun ski bebas lelaki dan menjadi pemenang pingat tertua dalam acara itu.
Goepper, yang memenangi gangsa pada 2014 dan perak pada 2018, hanyalah pemain ski gaya bebas ketiga yang memenangi tiga pingat Olimpik dalam acara yang sama.
Berusia 27 tahun dan 339 hari, Goepper mencatatkan markah terbaik 86.48 untuk menamatkan saingan di belakang rakan senegara Alex Hall (90.10) ketika AS meneruskan penguasaannya dalam sukan itu.
Amerika Syarikat telah memenangi enam pingat dalam acara ini dalam tiga kali ia muncul di Sukan itu, manakala 31 pingat yang dimenangi dalam ski gaya bebas adalah empat lebih daripada Kanada terbaik seterusnya.
Jesper Tjader meraih gangsa dari percubaan pertamanya 85.38 -- pingat pertama Sweden dalam acara ini, dan ketiga mereka dalam ski gaya bebas lelaki secara keseluruhan di Beijing 2022.
"Ia amat bermakna. Matlamat saya bersama Sukan Olimpik adalah untuk mepamerkan persembahan terbaik saya, dan hari ini akhirnya saya berjaya," kata Tjader.

✨Congratulations! #Silver
— Beijing 2022 (@Beijing2022) February 16, 2022
NICHOLAS GOEPPER #FreestyleSkiing - Men's Freeski Slopestyle https://t.co/hO7jGg3sHK