Skip to main content

Sukan Lain

Olahragawan, Olahragawati Perak milik Hakimi, Jun Hoong

anugerah1.jpg
Atlet lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail, dan penerjun negara, Cheong Jun Hoong, diumum sebagai Olahragawan dan Olahragawai Perak bagi tahun 2015/2016.

Kedua-duanya membawa pulang piala pusingan, trofi, blazer dan wang tunai RM7,000 yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, malam tadi.

Bagi Muhammad Hakimi, pemilihannya memberikannya  kenyakinan dan semangat untuk terus menabur bakti bagi mengharumkan nama negara dan negeri pada masa hadapan.

"Kini masanya saya fokus untuk Sukan SEA dan mencari tempat untuk ke Kejohanan Dunia di London, Ogos nanti."

Augerah buat Jun Hoong diterima adiknya, Jun Yeng, kerana dia kini menjalani latihan di China sebagai persiapan ke Sukan SEA.

Sementara itu, penembak negara, Ahmad Khusyairi Abdul Razak, dipilih sebagai Olahragawan Harapan manakala Noor Eewan Syafiqah Mohd Sabri pula sebagai Olahragawati Harapan.
 
Anugerah Keluarga Sukan pula diterima bekas atlet tenpin bowling, Badrul Hamidi Gam, susulan kejayaan dua anaknya, Syaidatul Afyna dan Syaidatul 'Afifah yang turut cemerlang dalam sukan berkenaan.   

Pasukan Terbaik dimenangi oleh skuad ragbi Perak susulan kejayaan merangkul pingat emas dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong dan Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan pada 2016.    

Pasukan Bola Sepak Lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak dan Pasukan 4x100M wanita SUKMA Sarawak pula menerima Anugerah Khas Kecemerlangan 2015/2016.

Anugerah Kepimpinan Sukan dimenangi oleh jurulatih olahraga Perak, Tang Choo Meng, manakala Anugerah Jurulatih Terbaik diberikan kepada bekas jurulatih kebangsaan 1981-2015, K. Jayabalan.    

Sementara itu, bagi Anugerah Jasamu Dikenang dimenangi oleh bekas atlet tenpin bowling, Shirley Chow Chew Chun.

Advertisement

Must Watch Video