Kuartet 4x100 meter wanita negara kecewa dengan tindakan ratu pecut kebangsaan, Zaidatul Husniah Zulkifli, yang meninggalkan mereka tatkala saingan Sukan SEA Filipina berbaki tiga bulan lagi.
Keputusan atlet berusia 26 tahun itu dilihat memberi tamparan kepada rakan sepasukan yang lain dan kini Malaysia bakal meletakkan harapan untuk meraih pingat di bahu Siti Fatimah Mohamad, S. Komalam Shally, Nurul Faizah Asma Mazlan, Azreen Nabila Alias serta pelari simpanan, Raja Nursheena Raja Azhar.
Bagaimanapun, situasi itu jelas bukan sesuatu yang menggembirakan rakan sepasukannya.
"Kami amat kecewa dan sedih kerana sangat mengharapkan kelibatnya menjelang Sukan SEA di Manila. Kami mendapat tahu mengenai berita dia menarik diri daripada acara 4x100m, jadi kami terfikir sebabnya kerana kalau secara peribadi, tiada apa masalah," kata Komalam.
"Diharapkan dia boleh ubah fikiran dan kembali bersama kuartet ini tetapi kalau dia tidak mahu, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Itu kemahuan dia, bukan kami. Kami tetap akan lakukan yang terbaik dengan pasukan baru."
"Bagi saya, kami yakin akan meraih pingat. Dalam edisi lalu, saya dan Komalam tidak sertai kuartet negara tetapi berbekalkan pengalaman beraksi dalam Kejohanan Olahraga Asia (ATF), kami yakin," kata Nurul Faizah.