Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong, mengelak daripada menjadi "diva" apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan dengan balingan 68.22 meter walaupun hanya berlatih di tanah air.
Atlet kelahiran Sarawak itu memecah rekod kebangsaan miliknya, bukan sekali tetapi dua kali dengan balingan terbaik sejauh 68.22m untuk muncul juara dalam Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia 2019 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Ini kali keempat dia berjaya memecahkan rekod sepanjang 2019.
Baginya, kejayaan itu merupakan permulaan baik dalam persediaannya untuk mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA Filipina 2019, November depan.
"Kejayaan ini menambah keyakinan saya sebagai persiapan (ke Sukan SEA) dalam tempoh tiga bulan ini.
"Walaupun catatan ini meletakkan saya di ranking nombor satu Asia Tenggara, saya tidak mahu memandang ringan cabaran akan datang atau saingan daripada atlet negara lain seperti Thailand dan Filipina," katanya.
Jackie kekal dengan pendiriannya untuk terus berlatih di dalam negara berbanding atlet lain yang sering meminta untuk berlatih di luar negara selain menyerahkan segala keputusan mengenai program latihannya kepada jurulatih.
"Saya serahkan kepada MSN dan biarlah jurulatih berbincang dengan mereka mengenai program latihan saya," katanya lagi.
Setakat ini, atlet berusia 27 tahun itu sudah memecahkan rekod kebangsaan sebanyak 17 kali sepanjang tujuh tahun bergelar atlet profesional.
Keputusan hari ini:
LELAKI:
20,000m Jalan Kaki:
EMAS: Mohd Khairil Harith Harun (ATM) 1 jam 39 minit 5.55 saat
PERAK: Mohd Nor Azuan Md Nor (ATM) 1:48:04.42
GANGSA: C. Teban Raj (SEL) 1:49:52.41
Lempar Cakera:
EMAS: Muhammad Irfan Shamsuddin (ATM) 57.38 meter (m)
PERAK: Abdul Rahman Lee (SAR) 50.77m
GANGSA: Mirach Han (SAB) 40.08m
Lompat Tinggi:
EMAS: Mohd Eizlan Dahalan (SAB) 2.05 meter (m)
PERAK: Norshafiee Mohd. Shah (JOH) 2.05 m
GANGSA: K. Prakash (JOH) 2.00 m
5,000m:
EMAS: Nik Fakaruddin Ismail (ATM) 15 minit 44.65 saat
PERAK: Christopher Soosai (ATM) 15:57.00
GANGSA: Soh Wai Ching (WP KL) 16:18.59
Lompat Jauh:
EMAS: Abdul Latif Romly (PER) 7.64 meter (m)
PERAK: Lokman Hakim Ramlan (ATM) 7.58m
GANGSA: Muhammad Azim Abdul Kefli (JOH) 7.29m
Baling Tukul Besi:
EMAS: Jackie Wong Siew Cheer (ATM) 68.22 meter (m)
PERAK: Sadat Marzuqi Ajisan (NS) 55.63m
GANGSA: Michael Sia (SAR) 47.38m
400m Lari Pagar:
EMAS: Ruslem Zikry Putra Roseli (TER) 53.16s
PERAK: Muhammad Firdaus Mazlan (ATM) 54.24s
GANGSA: Mohd Aftar Rosli (KED) 54.51s
800m:
EMAS: Rayson Vincent (ATM) 1 minit 50.56 saat
PERAK: Putra Azrul Syazman Azman (ATM) 1:51.87
GANGSA: Wan Muhammad Fazri Wan Zahari (KEL) 1:52.14
4x100m
EMAS: Johor 40.96s
PERAK: Angkatan Tentera Malaysia 41.13s
GANGSA: Terengganu 41.22s
WANITA:
Baling Tukul Besi:
EMAS: Grace Wong Xiu Mei (SAR) 54.10 meter (m)
PERAK: Nurul Hidayah Lukman (SEL) 50.31m
GANGSA: Nurfazira Jalaluddin (ATM) 44.17m
Lompat Galah:
EMAS: Chuah Yu Tian (ATM) 3.60m
PERAK: Nor Sarah Adi (PAH) 3.40m
GANGSA: Nurul Fitriyana Abd Rani (KED) 3.40m
Lempar Cakera:
EMAS: Queenie Ting Kung Ni (SAR) 46.51m
PERAK: Choo Kang Ni (ATM) 46.05m
GANGSA: Yap Jeng Tzan (ATM) 42.67m
400m Lari Pagar:
EMAS: Mandy Goh Li (SAR) 64.06s
PERAK: Nur Nasyatul Nadia Md Nasri (KED) 66.64s
GANGSA: Nur Afiqah Sakinah Abd. Halim Ismail (JOH) 67.33s
800m:
EMAS: Savinder Kaur Joginder Singh (ATM) 2:12.61
PERAK: J. Padhmaloshini (JOH) 2:14.97
GANGSA: Nor Ainaa Balqis Hashim (KEL) 2:21.54
4x100m
EMAS: Angkatan Tentera Malaysia 46.78s
PERAK: Terengganu 48.02s
GANGSA: Johor 48.35s