Skip to main content

Sukan SEA

Olahraga Tertutup Malaysia: Irfan optimis hadapi Sukan SEA

irfan-shamsudin.jpg
Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, memberi jaminan mampu mempertahankan pingat emas Sukan SEA Filipina 2019, November depan walaupun mengalami musim terumbang-ambing. 

Irfan dilanda kemelut apabila tidak mempunyai jurulatih dan menghadapi masalah kewangan untuk berlatih di Republik Czech, tahun ini. 

Namun, pemegang rekod kebangsaan itu tetap meneruskan latihan di luar negara selain melantik jurulatih dengan menggunakan wang sendiri.

Setakat ini, pengorbanan itu belum menghasilkan keputusan di luar jangkaan, apatah lagi dia hanya mampu melakukan 57.38m untuk meraih pingat emas Kejohanan Tertutup Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini -- tiga bulan menjelang temasya. 

"Dalam situasi saya yang terhuyung-hayang seperti ini, saya masih berpuas hati dengan keadaan seperti ini. 

"Saya masih boleh membuat balingan lebih 60m dalam lima kejohanan (yang disertai).

"Kalau ada rezeki untuk mempertahankan emas Sukan SEA buat kali keempat, saya akan berusaha dan berlatih lagi tetapi saya akan bercuti terlebih dahulu," katanya. 

Dalam Sukan SEA 2017, atlet berusia 24 tahun itu mencatat 58.36m untuk meraih emas di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
 

Advertisement

Must Watch Video