Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Olahraga: Shereen kembali mantapkan larian di AS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shereen-samsoan-vallabuoy.jpg
Ratu trek negara, Shereen Samson Vallabouy, teruja menggegar musim 2024 selepas melihat program latihan intensif yang telah disediakan jurulatih peribadinya di Amerika Syarikat (AS), Derrick White, yang merangkumi pelan kepantasan yang disasarkan 50.95 saat untuk ke Paris.

Perkembangan ini membuatkan pemegang rekod 400 meter kebangsaan itu komited menuruti program latihan yang bakal disediakan untuk merealisasikan impiannya layak ke Sukan Olimpik secara merit sebelum Jun, tahun ini.

Shereen mempunyai tempoh seminggu sebelum kembali terbang ke AS berikutan proses untuk mendapatkan visa akhirnya menemui jalan penyelesaian dan dia dijadual pulang Isnin hadapan.

Shereen -- yang ditemui di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil --  hanya akan beraksi bermula bulan depan dalam satu Kejohanan Dalam Dewan di AS sebelum mula memasang niat melepasi had kelayakan ke Sukan Olimpik Paris.

Biarpun melalui fasa musim tertutup di Malaysia, Derrick White, masih menetapkan sasaran buat Shereen mencapai iaitu memperbaiki teknik larian serta daya ketahanan dalam lariannya -- satu teknik melibatkan langkah larian yang harus dikuasainya.

"Saya memberi tumpuan tinggi untuk memperbaiki teknik larian saya di jarak 100m terakhir.

"Visa ke AS sudah diluluskan dan saya akan ke sana lebih kurang seminggu ini.

"Kecergasan saya akan diuji untuk memastikan adakah saya sudah bersedia sebelum saya menyertai kejohanan, " kata pemegang rekod 400m negara itu dengan catatan 51.80s.

Keberadaan Shereen di Malaysia disusuli kejayaan menamatkan pelajarannya akhir tahun lalu dan sepanjang musim ini, Shereen menumpukan fokus sepenuhnya buat karier.

Atas faktor itu, sesi latihan di Malaysia disulami kepayahan tertentu yang mampu menggangu rentak terbaiknya, tetapi Shereen sudah bertekad mengabaikan segala halangan demi aspirasi ke Paris.

"Metabolisme saya agak tinggi tapi nasi menyukarkan sesi latihan saya. 

"Saya akan cuba makanan berasaskan protein. Walaupun makanan di Malaysia sedap-sedap, saya cuba elakkan makanan yang kurang menyihatkan," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video