Atlet para olahraga negara, Ahmad Fizzi Rosni, menamatkan aksi final 400m kategori T-36 di kedudukan keenam dengan catatan 57.84s di saingan Olahraga Para Dunia Kobe 2024, di Jepun.

Pesaing terhebatnya, William Stedman dari New Zealand, muncul juara dengan catatan 53.36s manakala, James Turner dari Australia, yang menamatkan larian di tempat kedua dengan 53.52s.

"Saya mengakui bahawa faktor cuaca mempengaruhi larian saya sehingga tidak boleh mempamerkan aksi yang berkualiti," katanya.

Selepas ini, Fizzi menegaskan bahawa fokusnya tertumpu kepada persiapan ke temasya berprestij iaitu Sukan Paralimpik Paris bermula 28 Ogos hingga 8 September, selain meletakkan sasaran memperbaiki rekod peribadi dari 56.80 56.50s.

"Selepas ini, saya mahu menumpukan sepenuh perhatian ketika Sukan Paralimpik Paris nanti.

"Saya akan berjuang sehabis baik untuk memperoleh keputusan yang baik," tambahnya.