Skip to main content

Bola Sepak

Granit Xhaka didenda susulan kes pemalsuan sijil vaksinasi COVID-19

Granit Xhaka didenda susulan kes pemalsuan sijil vaksinasi COVID-19
Advertisement

Kapten Sunderland, Granit Xhaka, dijatuhkan hukuman denda kira-kira RM737,734.20 selepas mengaku bersalah memiliki sijil vaksinasi COVID-19 yang palsu, ujar pemain tengah dari Switzerland itu di sosial medianya, pada Khamis.

"Beberapa minggu lalu, saya sendiri menyatakan bahawa saya akan bertanggungjawab atas segala keputusan saya. Saya berpegang kepada kata-kata tersebut," tulis Xhaka di Instagram.

"Saya terima keputusan tersebut dan bertanggungjawab atas perbuatan saya. Terima kasih untuk segala sokongan yang telah anda semua berikan sejak akhir-akhir ini. Ia sangat bermakna untuk saya."

Xhaka mengaku pada bulan lepas, bahawa dia memiliki sijil palsu kerana berasa ragu-ragu dengan vaksin COVID-19.

Rentetan kes tersebut, Xhaka telah disisihkan daripada panggilan skuad kebangsaan untuk jendela antarabangsa baru-baru ini. Dia terlepas empat perlawanan UNL secara keseluruhan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video