Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga MSSM: Sukar namun tidak mustahil -- Izzatul Musrifa

musfirah.jpg
Kurang 24 jam sebelum bermulanya Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Edisi Ke-64, di Ipoh, Perak.

Bekas Olahragawati MSSM 2023, Izzatul Musrifah Ahmad Kamal Azira, menyifatkan saingan tahun ini sebagai lebih mencabar apabila bertanding kategori B-18 berbanding kategori B-15 tahun edisi lalu.

Atlet Terengganu itu juga menambah bahawa gelaran Olahragawati yang dimilikinya bukanlah sasaran utama tahun ini, namun dia tetap bersyukur andai dapat mempertahankannya.

"Saingan kali ini lebih sengit apabila saya kini bersaing dalam kategori B18. Saya akan cuba melakukan yang terbaik dan tidak mustahil untuk memastikan kejuaraan kali ini," kata Izzatul. 

Sementara itu, ketua jurulatih skuad olahraga MSS Terengganu, Khairul Azman Adenan, berharap semua pihak tidak memberi tekanan besar kepada anak buahnya tersebut. 

Ia berikutan Izzatul Musrifah baru sahaja pulih daripada kecederaan yang dialami dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak, Ogos lalu. 

"Dia baru sahaja pulih daripada kecederaan ketika dalam Sukma Sarawak," katanya.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video