Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga Malaysia jalin hubungan dengan Persatuan Olahraga Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-05-06-193939.png
Tanggal 5 Mei 2025, merupakan tarikh bersejarah buat Olahraga Malaysia (MA), selepas mengukuhkan lagi hubungan diplomatik bersama Persatuan Olahraga Jerman, menerusi kerjasama persefahaman buat kem olahraga Jerman berkampung di Malaysia bagi menghadapi kejohanan dunia di China.

Selepas berkelana di Kuala Lumpur, dan mewarnai saingan Olahraga Cahya Mata Sarawak siri pertama di Stadium Merdeka hujung minggu lalu, keluarga besar MA dan Jerman berkumpul di majlis resepsi meraikan skuad olahraga Jerman oleh kedutaan Jerman di ibu kota.

Bukan hanya mendapat peluang keemasan bersaing bersama pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris dalam acara 4 kali 100 meter (m) lelaki, atlet negara tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu bersama atlet handalan Jerman khususnya dari aspek sains sukan.

"Saya sangat gembira kembali semula ke Kuala Lumpur kerana sudah lama tidak berada di sini, saya sangat teruja bekerjasama bersama MA dan dapat mewarnai saingan Siri Cahya Mata Sarawak siri pertama," kata Cheick-Idriss Gonschinska.

"Saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan Persatuan Olahraga Jerman, satu peluang untuk atlet negara menimba ilmu dan yakin hadirnya aspek positif," kata Pengarah Teknikal MA, Robert Ballard.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video