Harapan skuad olahraga untuk menamatkan kemarau 12 tahun pingat Sukan Asia bergantung kepada kuartet 4x100 meter negara yang diketuai Khairul Hafiz Jantan yang akan beraksi dalam final hari ini, sekali gus meraih penampilan sulung sejak temasya 2002.
Dalam aksi di Stadium Utama Gelora Bung Karno semalam, kuartet 4x100m negara yang dibarisi Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa, Muhammad Zulfiqar Ismail dan Khairul Hafiz sekali lagi membanggakan apabila melakar kejayaan layak ke final Sukan Asia.
Kejayaan layak ke final itu dicipta selepas kali terakhir dilakukan oleh Tan Kok Lim, Nazmizan Mohamad, Zaiful Zainal Abidin dan Azmi Ibrahim pada 2002.
Malaysia menerusi kuartet kali ini mencatat masa 39.59 saat untuk muncul negara terakhir layak ke final.
"Kami tidak jangka dapat ke final, jadi sangat bersyukur. Diharapkan, kami mampu mempamerkan aksi terbaik nanti," kata Khairul Hafiz.
"Kami menyasarkan untuk menunjukkan prestasi terbaik tetapi kami juga akan cuba memperbaharui rekod," tambah seorang lagi pelari kebangsaan, Muhammad Haiqal.
Malaysia turut layak ke final Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu, namun peluang untuk meraih pingat tampak sukar ekoran kehadiran jaguh dunia seperti Jepun dan China tetapi apa yang lebih realistik adalah cuba untuk memperbaharui rekod kebangsaan, 39.27s yang dilakukan tahun lalu.
Malaysia diletakkan di lorong kedua, diapit Hong Kong dan tuan rumah, Indonesia, sementara Jepun yang mencatat masa terpantas dalam kalangan lapan finalis akan beraksi di lorong kelima.