Skip to main content

Sukan SEA

Olahraga: Khairul Hafiz tidak pertahan emas 100m

khairul-hafiz.jpg
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengambil keputusan drastik tidak menyenaraikan lelaki terpantas Asia Tenggara 2017, Khairul Hafiz Jantan, dalam acara 100 meter Sukan SEA Filipina, November depan.

Ia satu perkembangan menarik apabila KOM bertindak berani untuk tidak menghantar Khairul Hafiz bagi mempertahankan pingat emas yang diraih dua tahun lalu susulan prestasi tidak konsistennya selepas mengalami kecederaan tahun lalu.

Slot 100m lelaki negara akan diisi oleh Muhammad Zulfiqar Ismail yang memiliki catatan terbaik musim ini, iaitu 10.41 saat, di belakang Jonathan Nyepa (10.37s).

Bagaimanapun, Khairul Hafiz masih berpeluang beraksi di Filipina jika disenaraikan dalam skuad 4x100m lelaki.

Bagi saingan wanita, Zaidatul Husniah Zulkifli yang baru menamatkan program latihan di Amerika Syarikat akan menyertai saingan 100m sambil pelari kedua menjadi milik Siti Fatimah Mohamad.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video