Khairul Hafiz Jantan dan Jonathan Nyepa enggan memikirkan kegagalan menyertai acara 200 meter Sukan Asia apabila nama mereka tidak didaftarkan untuk memberikan tumpuan terhadap aksi separuh akhir acara 100m, malam ini.
Atlet pelari pecut lelaki negara hanya akan beraksi dalam 100m dan 4x100m di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Ia dilihat satu kerugian kerana mereka sudah tiba di Jakarta dan patut menggunakan peluang itu untuk meraih pengalaman berharga.
Bagaimanapun, tumpuan diberikan terhadap persiapan separuh akhir 100m di mana Khairul Hafiz dan Jonathan berpeluang menamatkan penantian 20 tahun selepas Watson Nyambek muncul pelari terakhir negara layak ke final temasya 1998 di Bangkok, Thailand.
Ketika itu, Watson menamatkan cabaran di tempat keempat.
"Saya memberikan tumpuan untuk acara 100m dan 4x100m," kata Khairul Hafiz.
"Keputusan yang baik apabila saya dan Khairul Hafiz berjaya mara ke separuh akhir. Kami akan cuba yang terbaik untuk ke final," kata Jonathan.
Malaysia pernah dua kali menjuarai acara 100m lelaki menerusi Tan Sri Dr M. Jegathesan pada 1966 dan Datuk Rabuan Pit pada 1982.
Turut menarik tumpuan, Zaidatul Husniah Zulkifli yang layak ke separuh akhir 100m wanita sementara pemegang rekod Sukan SEA, Jackie Wong, akan turun dalam final baling tukul besi lelaki.