SUKAN LAIN
Olahraga: Kang Ni sasar rekod kebangsaan
Teknik lemparan akan menjadi keutamaan atlet lempar cakera negara, Choo Kang Ni, demi merealisasikan sasarannya untuk memperbaharui rekod kebangsaan musim ini.
Atlet berusia 26 tahun itu sekadar meraih pingat perak dalam Sukan SEA Filipina tahun lalu selepas lemparannya sejauh 50 meter dibatalkan.
Dengan kegagalan itu, dia mengakui perlu meningkatkan prestasinya untuk menghadapi Kejohanan Olahraga Terbuka Perak bulan ini.
Iklan
"Kami akan memperbaiki perkara-perkara kecil dalam teknik lemparan saya.
"Ia memerlukan sedikit masa untuk membuang tabiat lama.
"Hanya sesetengah orang dapat melakukannya dalam tempoh sebulan.
"Sesetengah lagi mungkin memerlukan sehingga dua tahun," katanya.
Jurulatih Kang Ni, Mohamad Ali Hamid, yakin anak buahnya itu mampu melakukan sesuatu yang positif tahun ini
"Kami akan mengubah sedikit lagi untuk mendapatkan teknik yang lebih baik.
"Ia berhasil dalam Sukan SEA tahun lalu, jadi kami mahu memperbaikinya untuk menjadi lebih baik," katanya.
Editor: Muzaffar Musa
Must-Watch Video