Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga Jemputan Wilayah Persekutuan: Tiga lompatan Andre dibatalkan

andre-anura.jpg
Jaguh lompat jauh negara, Andre Anura Anuar, mengukuhkan reputasi sebagai "raja batal" apabila gagal melakukan sebarang lompatan dalam Kejohanan Olahraga Jemputan Wilayah Persekutuan di Trek Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Ia merupakan kejohanan kedua yang disertai Andre selepas menjuarai acara lompat kijang dalam Kejohanan Jemputan Perak minggu lalu.

Bagaimanapun, keadaan tidak berjalan lancar apabila pemenang pingat perak Sukan SEA Filipina 2019 itu bergelut untuk melakukan lompatan dan gagal dalam ketiga-tiga lompatan pertama sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri.

Namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk memburu had kelayakan 8.20 meter untuk ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.

"Lompatan ketiga dibatalkan tetapi saya sempat meminta pengadil untuk melakukan ukuran.

"Lompatan yang dibatalkan itu sejauh 7.90m, jadi saya agak yakin dengan jarak lompatan saya," katanya.

Advertisement

Must Watch Video