Skip to main content

Sukan SEA

Olahraga: Isu kuartet 4x100m wanita selesai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuarter-4x100m.jpg
Kuartet 4x100 meter wanita negara dijangka menggegar Sukan SEA Filipina, November depan selepas masalah persefahaman antara mereka berjaya diselesaikan dengan campur tangan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Ini merupakan kali pertama kuartet negara itu bersemuka selepas dua tahun.

Pertemuan berkenaan diaturkan Timbalan Presiden KOM, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar, yang membabitkan keempat-empat pelari negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, Siti Fatimah Mohamad, S. Komalam Shally dan Nurul Faizah Asma Mazlan. 

Selepas pertemuan hampir dua jam di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini, keputusannya positif.

"Kami sudah ada pasukan kuartet 4x100m. Kami akan buat yang terbaik dengan memberi sokongan. 

"Selebihnya (program tertumpu) kepada latihan mereka dan berkenaan persiapan mereka pula, saya serahkan kepada ketua jurulatih," kata Mumtaz.

Tambah ketua juruatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil: "Keempat-empat mereka adalah pelari terbaik yang kami ada. 

"Saya pasti (mereka boleh berjaya) dengan sokongan daripada semua pihak, media dan keluarga masing-masing. Atlet sendiri juga sudah bersedia.

"Saya percaya satu sinar baru akan tiba."

Kuartet tersebut dijangka akan memulakan sesi latihan bersama minggu depan, dengan rekod kebangsaan 45.18 saat  pasti akan diintai. 

Ini bermakna Zaidatul yang juga ratu pecut negara akan beraksi dalam 100m, 4x100m wanita dan 4x100m campuran.

 

Advertisement

Must Watch Video