Jurulatih lempar cakera negara, Mohamad Ali Hamid, menganggap peluang atlet negara, Irfan Shamsuddin, untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 lebih cerah selepas mengekalkan status jaguh Asia Tenggara, Disember lalu.
Irfan antara atlet negara yang menunjukkan ketekalan cemerlang apabila mengesahkan pingat emas berturut-turut dalam empat edisi Sukan SEA.
Biarpun sukar untuk melayakkan diri secara merit dengan melakar catatan sekurang-kurangnya 66.0 meter dalam kejohanan antarabangsa, jurulatih berusia 39 tahun itu percaya anak buah kendaliannya itu, yang mempunyai lemparan terbaik sejauh 62.2m, mampu mencipta kejutan.
"Peluang tetap ada memandangkan dia merupakan atlet terbaik selain empat atlet yang ada.
"Catatan 66.0m sebenarnya sangat mencabar tetapi dia masih berpotensi.
"Setakat ini, dia di kedudukan ketiga dalam olahraga, iaitu di belakang atlet lompat tinggi dan lompat jauh," katanya di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.
Beberapa perancangan telah dibuat untuk atlet kelahiran Negeri Sembilan itu, termasuk menghantarnya menjalani latihan di luar negara bermula bulan depan selain memperbanyakkan penglibatannya dalam kejohanan yang menawarkan mata ke temasya Tokyo 2020, Julai depan.
"Kami merancang untuk menghantarnya ke Eropah sambil mencari kejohanan di Australia.
"Dia memerlukan pendedahan kejohanan yang lebih banyak."
Editor: Shaiful Shamsudin