Skip to main content

Sukan Asia

Olahraga: Hilang fokus buat Rayzam Shah terlepas final

rayzamshah.jpg
Impian untuk menjejakkan kaki ke final tidak menjadi kenyataan buat atlet olahraga negara, Rayzam Shah Wan Sofian, apabila berada di kedudukan ke-12 keseluruhan saingan 110 meter berpagar lelaki di Stadium Utama Gelora Bung Karno, malam tadi.

Reputasi selaku juara Asia Tenggara ternyata masih belum memadai buat Rayzam Shah untuk mencabar jaguh lain dari Asia bagi acara 110m berpagar.

Dia sekadar menamatkan saingan di kedudukan keempat dalam saringan pertama menerusi catatan masa 14.15 saat, sekali gus gagal memperbaiki rekod kebangsaan miliknya sendiri, 13.67s, yang dilakukan di Jerman, tahun lalu.

Saringan tersebut dimenangi oleh peserta dari China, Xie Wenjun, dengan catatan 13.64s, sebelum disusuli oleh wakil Jepun, Kanai Taioh, setelah meraih masa 13.81s, membolehkan kedua-dua mereka mara ke final.

"Saya beraksi agak baik tetapi selepas pagar keempat, saya hilang fokus. Kelajuan juga hilang tetapi saya sudah cuba yang terbaik.

"Mungkin ada sedikit perlanggaran pada pagar keempat buat wakil Jepun tetapi bagi saya, itu bukan masalah saya. Cuma, saya jadi hilang fokus," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video