Atlet dari Ipoh berusia 18 tahun itu, yang menjadi tajuk utama pada Isnin dengan rekod kebangsaan barunya 10.09s, kali ini melakukan catatan 10.14s.
Seperti yang dijangkakan, Letsile Tebogo dari Botswana (9.91s) menjadi tumpuan apabila dia melepasi garisan rekod baru di peringkat remaja.
Pelari pecut Jamaica, Bouwahjgie Nkrumie, pula membawa pulang perak sementara wakil Afrika Selatan, Benjamin Richardson, (10.12s) mengetepikan pemenang pingat emas Asia Tenggara tiga kali, Puripol Boonson, dengan jurang kecil untuk gangsa.
Azeem, yang akan beraksi semula dalam acara 200m lelaki, menamatkan saingan di hadapan Hiroki Yanagita dari Jepun, Laurenz Colbert (Amerika Syarikat) dan Reynaldo Espinosa (Cuba).
Dia mara ke final dengan catatan masa 10.19s dalam perlumbaan separuh akhir.
WORLD U20 RECORD ‼️ WORLD U20 CHAMPION ‼️@LetsileTebogo2 ?? breaks his own world U20 100m record in 9.91 to successfully defend his title!#WorldAthleticsU20 pic.twitter.com/C1EJeQbjFS
— World Athletics (@WorldAthletics) August 2, 2022