Atlet lompat tinggi tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa, tidak berasa kecewa walaupun tidak layak beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia 2019 di Doha, Qatar, bulan depan.
Pemenang tiga kali pingat emas Sukan SEA itu gagal memenuhi had kelayakan 2.30 meter yang ditetapkan oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).
Nauraj berkata sebagai seorang atlet, dia tidak akan membiarkan dirinya berasa kecewa tetapi akan bekerja keras untuk masa depan.
"Saya telah bertanding di Eropah dan cuba untuk melayakkan diri tetapi hanya dapat melakar setinggi 2.26 meter untuk pencapaian terbaik musim ini, empat sentimeter kurang daripada had kelayakan.
"Jadi, saya sudah berbincang dengan jurulatih saya, kami membuat keputusan biarlah (Kejohanan Dunia 2019) berlalu dan fokus kepada perkara seterusnya.
"Saya tidak akan duduk menangis dan kecewa terhadap sesuatu yang tidak kesampaian tetapi saya akan mengisi semula keazaman dan teruja dengan masa depan," katanya ketika ditemui di Bukit Jalil hari ini.
Atlet tinggi lampai itu berkata lagi dia telah menerima situasi sekarang kerana percaya dia telah mencuba sebaik mungkin untuk layak ke Kejohanan Dunia 2019 tetapi nasib tidak menyebelahinya.
"Ya sudah tentu ia memalukan, terlepas salah satu acara utama saya sejak 2016 tetapi saya rasa saya telah melakukan segala-galanya dan saya percaya telah mencuba yang terbaik untuk layak ke Kejohanan Dunia dengan 4 sm kurang untuk memenuhi had kelayakan.
Apabila ditanya sasarannya untuk pencapaian terbaik tahun ini, dia enggan mengulas panjang, sebaliknya menegaskan bahawa setiap atlet ingin memperbaiki pencapaian setiap kali bertanding.
"Saya sentiasa masuk ke padang dengan semangat untuk bersaing dengan harapan untuk memperbaiki pencapaian peribadi saya, jadi saya sentiasa menaruh harapan untuk memperbaiki pencapaian saya.
"Tiada sebarang pertandingan (sebelum Sukan SEA Filipina 2019), setakat ini ada Terbuka Malaysia sahaja untuk bulan ini dan kami belum mendengar berita mengenai sebarang pertandingan, jadi inilah situasinya sekarang," katanya.
Nauraj antara atlet yang layak ke Sukan SEA 2019 selain rakan sepasukannya, Lee Hup Wei; Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Rayzam Shah Wan Sofian (110m lari berpagar), Jackie Wong Siew Cheer (lontar tukul besi) dan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli.
-- BERNAMA