Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga Dunia: Misi kelayakan Hup Wei belum pudar

lee-hup-wei.jpg
Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, bertekad untuk membuktikan kecemerlangan dalam usaha menempah slot ke Kejohanan Olahraga Dunia di Qatar tanpa beraksi atas tiket peluang khas, September depan.

Hup Wei masih bergelut untuk mencari tiket ke Kejohanan Dunia buat kali pertama dengan catatan terbaiknya tahun ini ialah 2.27 meter yang dilakar Mac lalu.

Untuk beraksi di Qatar, atlet berusia 32 tahun itu perlu melepasi catatan 2.30 meter, dengan peluang terakhirnya untuk layak ialah menerusi penyertaan dalam Terbuka Uzbekistan dan Kejohanan Antarabangsa Memorial Arzumov, bulan depan.

"Saya sedang memberi fokus kepada dua kejohanan di Uzbekistan yang mungkin saya sertai.

"Kalau saya berikan segala kudrat yang ada, saya berpeluang untuk menyertai Kejohanan Dunia," katanya. 
 
Catatan terakhir yang dilakar pemenang pingat emas Sukan Asia 2011 itu ialah ketika memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Trek dan Padang (ATP) Asia, bulan lalu, dengan catatan 2.23 meter.
 

Advertisement

Must Watch Video