Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga Asia: Malaysia tidak senarai pelari pecut wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaidatul-husniah-zulkifli.jpg
Ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas, mengesahkan seramai sembilan atlet terpilih untuk menyertai Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) 2019 di Doha, Qatar, bermula 21 April ini yang menyaksikan tiada kelibat pelari pecut wanita.

Zainal dengan mudah menyimpulkan tindakan itu dilakukan atas dasar prestasi apabila berkata: "Catatan mereka tidak memberangsangkan untuk mereka berikan saingan kepada atlet Asia yang lain di Doha kelak."

Dalam masa sama, beliau menjelaskan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, pula sedang mengikuti program latihan di Amerika Syarikat (AS) dan Zainal menganggap pelari pecut itu masih di peringkat menyesuaikan diri. 

"Apa yang dilakukannya di AS berbeza dengan amalan jurulatih di sini."

Sementara itu, jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin, yang berkelana mengikuti latihan di Eropah sejak Januari lalu adalah antara sembilan atlet negara yang akan mengibarkan cabaran di Doha. 

"Itu janji Irfan. Sebelum dia ke Eropah untuk berlatih pada Januari lalu, dia mendedahkan salah satu sasarannya adalah untuk mempertahankan pingat perak ATF yang dimenanginya dua tahun lalu. 

"Saya harap penajaan latihannya di Eropah mendapat pulangan seperti yang diharapkan," tambah Zainal.

Senarai penuh atlet negara: 

1. Lee Hup Wei (lompat tinggi)
2. Nauraj Singh (lompat tinggi)
3. Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera)
4. Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang)
5. Jacky Wong (baling tukul besi)
6. Muhammad Zulfiqar Ismail (100m)
7. Russel Alexander Nasir Taib (200m)
8. Andre Anura Anuar (lompat jauh)
9. R. Kirthana (lompat kijang wanita)

 

Advertisement

Must Watch Video