Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga All Comers: Kehadiran Poad beri impak positif pecutan Zaidatul Husniah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaidatul-husniah-zulkifli.jpg
Pelari pecut berpengalaman, Zaidatul Husniah Zulkifli, teruja melihat peningkatan prestasi mendadaknya selepas genap sebulan berguru di bawah ketua jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim, untuk mengekalkan ketekalan lariannya dengan terbaru mengungguli 100m dalam Kejohanan All Comers di Bukit Jalil, hari ini. 

Situasi ini menjadi petanda awal bahawa pelari itu berupaya menggalas cabaran pemburuan pingat emas Sukan SEA menerusi tiga acara di kemboja, Mei depan, sekali gus memberi bayangan akan kembali dalam prestasi terbaiknya pada masa terdekat.

Zaidatul bergelut untuk mengekalkan prestasinya sejak dua tahun lalu pasca pembedahan lutut 'ACL'.

Namun, segalanya berubah apabila pelari berusia 29 tahun itu berlatih bersama Poad yang memperbaiki teknik lariannya hingga merekodkan catatan 11.73 saat.

Biarpun ada ruang untuk pennambahbaikan daripada segi kepantasan, namun Zaidatul optimis untuk berada di kemuncak prestasi. 

"Latihan di bawahnya melibatkan banyak kekuatan dan banyak lagi yang perlu saya praktikkan dalam latihan. 






"Kehadirannya tepat pada masa depan sebab sesi latihan saya tidak menentu. Dengan kehadirannya dapatlah betulkan teknik larian saya," katanya hari ini. 

Dalam saingan 100 meter lelaki pula, kejutan terbesar kejohanan tercipta apabila saingan riben biru diungguli pelari muda, Adam Hakim Samsuddin, yang mengetepikan pilihan utama, Muhammad Fakhrul Abdul Aziz dan Thaqif Hisham.

Sensasi yang dilakar Adam Hakim menjadi tumpuan barisan kejurulatihan skuad negara apabila pelari berusia 19 tahun itu melakukan catatan terbaik peribadi, 10.68s.

"Kemenangan ini membuatkan saya lebih bersemangat dan perbaiki lagi catatan untuk memperoleh kelayakan ke Sukan SEA akan datang. 

"Insya-Allah, saya mahu menggantikan Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi dan Arsyad Md Saat," katanya pula.

Advertisement

Must Watch Video