Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, tidak mahu tercicir sebarang kejohanan kompetitif tahun ini bagi mengubati kekecewaan musim lalu.
Dia yang sebelum ini mengalami kecederaan paha kiri mengakui masih belum menemui rentak sebenar ketika beraksi hambar dalam Sukan SEA Filipina tahun lalu.
Bagaimanapun, pelari kelahiran Kedah itu tidak mahu berputus asa dan mahu kembali ke prestasi sebenar bagi menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa.
"Saya mahu menyertai kejohanan terbuka seperti Terbuka Vietnam atau Thailand.
"Sekurang-kurangnya, saya dapat melakukan catatan masa dalam kejohanan di luar negara.
"Sekiranya dapat, Insya-Allah saya akan buat yang terbaik.
"Kerana sepanjang 2019, (prestasi) saya kelihatan sedikit menurun," katanya.
Zaidatul Husniah atau lebih mesra disapa Adik, pernah menerima tiket peluang khas dalam Sukan Olimpik Rio empat tahun lalu selepas melakukan catatan masa 11.62 saat dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Palembang pada 2014.
Dia kini perlu menunggu sama ada namanya akan tersenarai dalam program Majlis Sukan Negara (MSN) selepas badan induk itu mengadakan menysuarat jawatankuasa kerja bersama Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bulan ini.
"Kami belum tahu siapa yang akan berada dalam program itu.
"Tetapi ia tidak menjadi masalah kerana buat masa sekarang, kami masih berada dalam program sehingga bulan depan.
"Jadi, saya masih boleh mencari kejohanan sehingga bulan depan," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa