Pasukan kolaborasi bersama Selangor Red Giants, OG Esports berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Honor of Kings di Riyadh pada tahun ini.
Tatkala SRG.OG kian mendominasi saingan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) musim ke-15, skuad HOK OG Esports melebarkan sayap dengan kejayaan melayakkan diri ke Piala Dunia Esports selepas berjaya meraih naib juara di saingan Playoffs Honor of Kings Major West League Spring 2025.
Walaupun tewas tipis di tangan Twisted Minds, slot bersaing di peringkat kumpulan sudah pun di genggaman OG. Piala Dunia Esports tahun ini akan membuka tirainya pada 8 Julai di Ridyad dan Piala Dunia HOK akan mulakan saingannya pada 15 Julai.
Selangor Red Giants tahun lalu telah mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama Malaysia untuk menjuarai MLBB Mid Season Cup di Riyadh, mampukah OG melakar nama mereka di pentas tertinggi di bumi Saudi?